Isnin, 28 November 2016

13 Tips Sihat Sepanjang Hayat

13 Tips Sihat Sepanjang Hayat

13 Tips sihat sepanjang hayat, semua orang mengimpikan kesihatan yang baik dan berkekalan. Kesihatan tidak dapat di beli di mana-mana kedai tau.

Kesihatan juga adalah kekayaan yang paling maha besar kerana jika harta banyak, masa yang lapang, anak yang ramai mahupun isteri yang ramai sekali pun jika kesihatan adalah masalah kita.

13 Tips Sihat Sepanjang Hayat


Maka kesemuanya tiada guna lagi. Mesti nak tips sihat sepanjang hayat bukan? Dib awah AM senaraikan beberapa tips untuk sahabat AM semua.
     
1. Wanita dilarang menarik barang berat tapi sebaiknya menolak sahaja.
Cuba elakkan membawa barang-barang berat. Ini adalah kerana urat saraf wanita yang cepat lemah.
                         
2. Jalan 50 langkah dapat memperbaiki tulang tubuh. Naik 20 anak tangga  pula memperbaiki tulang lutut.

3. Kopi tidak disarankan bagi WANITA, kerana dapat menyebabkan osteoporosis dan mempercepat monopause.

13 Tips Sihat Sepanjang Hayat

4. Rebus 10 helai daun salam dengan 2 gelas air, minum setiap hari selama 12 hari dapat menurunkan kolestrol dan darah tinggi.

5. Penyebab utama darah tinggi berpunca dari kekurangan kalsium. Tembikai adalah sumber kalsium.

6. Jus pear bersama strawberry 4 buah menaikkan daya tahan tubuh.

7. Anggur hitam dapat menguatkan jantung, anggur hijau pula melangsingkan tubuh, anggur merah melebarkan pembuluh darah agar tidak tersumbat dan juga bertindak sebagai anti kolesterol.

8. Labu kuning baik untuk daya ingatan anak, jika dimakan oleh wanita hamil lebih baik. Untuk lelaki dewasa, labu berguna untuk menghasilkan sperma berkualiti.

9. Pisang untuk yang sering kram dan senggugut.

13 Tips Sihat Sepanjang Hayat

10. Manggis paling baik untuk tulang.

11. Paprika menyembuhkan diabetes, sakit tulang dan anti kanser.

12. Jus Apple dan buncis dapat menjadi ubat pankreas dan diabetes.

13. Makan sayuran hijau pada siang hari dan bertindak sebagai anti stroke.

13 Tips Sihat Sepanjang Hayat


Sayuran telah terbukti dapat membantu memulihkan kesihatan. Hari ini tak semua orang yang makan sayur betul bukan?

Hari ini pelbagai makanan segera yang mudah diperolehi di aman-mana sahaja yang pasti mempunyai kandungan sayur yang sedikit sangat. Maka pelbagai penyakit yang singah di badan kita semua.

Mula hari ini perlu kita mengambil kuantiti sayur hijau dalam kuantiti yang sepatutnya bukan yang minimum mungkin.


Semoga perkongsian tips sihat sepanjang hayat ini dapat membantu sahabat semua untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Ahad, 27 November 2016

Petua Menghapuskan Jerawat Cara paling Ringkas


Petua Menghapuskan Jerawat Cara paling Ringkas

Petua menghapuskan jerawat cara paling ringkas di dunia. Masalah jerawat semua orang akan alaminya.

Kekadang ada juga jerawat yang nakal timbul di tempat yang tak sepatutnya. Siapa pernah kena?

Petua Menghapuskan Jerawat Cara paling Ringkas


AM tak nak mengata sesiapa, AM sendiri pun kekadang jerawat nie degil juga tempat yang tak sepatutnya naik jerawat tertiba ada jerawat. Dekat muka dah selalu sangat.

Kita perlu juga melihat beberapa factor penyebab timbulnya jerawat kat muka atau tempat lain. Antara factor yang tidak ramai tahu adalah pemakanan kita yang bergoreng dan berminyak.


Selain itu, persekitaran yang tercemar juga boleh menjadi fktor penyebab munculnya jerawat di muka atau di tempat lain. Hari ini boleh dikatakan hampir kesemua tempat tercemar dengan pelbagai pemcemaran tanpa kita sedar.

Dah tahu factor penyebab bukan? Kali ini AM nak kongsikan petua untuk mengecutkan jerawat cara mudah dan senang hanya menggunakan bahan semulajadi dan murah.

Tomato

Petua Menghapuskan Jerawat Cara paling Ringkas

Tomato bukan saja berkhasiat untuk dimakan malah ia juga boleh menghaluskan kulit muka ,membantu kulit lebih berseri dan bebas jerawat.Caranya belah sebiji tomato dan lumurkan di wajah anda.Biarkan seketika dan bilas dengan air suam.

Amalkan 2 kali seminggu. Senang bukan, hanya perlu buka peti sejuk dan ambil tomato sahaja. Buat sekarang juga..

Susu tepung 


Petua Menghapuskan Jerawat Cara paling Ringkas

Petua ni saya selalu amalkan bila jerawat dan ruam naik di wajah .Caranya ambil satu sudu susu tepung campurkan sedikit air dan lumurkan di wajah anda.Bila dah kering,bilas wajah anda dengan air suam.Ia membantu wajah lebih lembab dan mengurangkan masalah kulit berminyak.

Mana-mana susu sahaja dan bukan susu ibu pulak. AM tak pernah cuba lagi.


Timun

Petua Menghapuskan Jerawat Cara paling Ringkas

Timun ini juga dapat membantu mengecutkan jerawat caranya hanya blend/kisar dan jusnya boleh dilumurkan pada wajah atau di kawasan yang berjerawat.


Madu

Petua Menghapuskan Jerawat Cara paling Ringkas

Madu juga berfungsi sebagai antiseptik untuk merawat jerawat dan juga melembabkan kulit.Caranya hanya lumurkan di wajah dan bilas dengan air suam.Boleh juga dicampur bersama serbuk kulit kayu manis.

Amalkan petua ini sehingga jerawat hilang.

Semua bahan yang ringkas dan boleh didapati di rumah kita sahaja. Tidak menjadi isu lagi untuk menghilangkan jerawat di muka atau mana-mana tempat.

Semoga perkongsian ini dapat membantu sahabat semua. Hilangkan jerawat degil di muka dengan bahan di rumah sahaja.


Sabtu, 26 November 2016

10 Khasiat dan Kebaikkan Chia Seed Untuk Diet yang Sihat

10 Khasiat dan Kebaikkan Chia Seed Untuk Diet yang Sihat
10 Khasiat dan kebaikkan Chia Seed untuk diet yang sihat, AM lebih suka dengan panggilan CS sahaja.

Kebetulan pula AM dalam proses untuk menurunkan berat badan selepas peningkatan yang mengejutkan selepas kejadian KaffarahdariNya.

10 Khasiat dan Kebaikkan Chia Seed Untuk Diet yang Sihat


Hari ini ramai yang berbicara mengenai CS ini. AM juga tertanya-tanya apakah CS ini sebenarnya. Apa yang jumpa adalah kebaikkan dan khasiat CS.

Punyalah banyak khasiat dan kebaikkan CS ini, AM kumpul dan satukan semuanya. DIbawah adalah 10 khasiat dan kebaikkan CS untuk diet yang sihat.

Dapat Melawan Diabetes

10 Khasiat dan Kebaikkan Chia Seed Untuk Diet yang Sihat

Chia Seed telah dikaji oleh pakar perubatan, ianya telah menjadi sebagai salah satu rawatan semula jadi yang amat berpotensi untuk para pesakit diabetes tahap 2, kerana keupayaannya untuk memperlahankan penghadaman.

 Lapisan agar-agar biji chia seed yang terbentuk apabila terdedah kepada cecair boleh juga mencegah pancang gula darah.
Bagi pesakit diabetes amat digalakkan untuk mengamalkan CS ini.

Mengandungi Serat yang banyak
Dengan hanya pengambilan sebanyak 28 gram atau satu auns dalam setiap hidangan chia seed, ianya mempunyai 11 gram serat pemakanan, seumpama kira-kira satu pertiga daripada pengambilan serat harian yang telah disyorkan untuk orang dewasa.
Menambahkan beberapa chia seed dalam menu diet harian anda adalah merupakan salah satu cara yang mudah untuk memastikan anda memperolehi jumlah fibre yang baik.
Dimana ianya amat penting untuk sistem penghadaman. Ada juga yang mencadangkan dengan beberapa biji CS di dalam setiap kali memasak nasi boleh memberi khasiat yang hamper sama dengan memakan CS sahaja.

 Mengekalkan Kekuatan Gusi dan Tulang
Satu hidangan biji chia seed dalam diet menu harian mempunyai 18 peratus daripada pengambilan harian yang telah disyorkan untuk kalsium, yang dimana ianya berfungsi untuk mengekalkan tahap kesihatan gigi, tulang, dan dapat mencegah osteoporosis.

Mempunyai Mangan
Manganese (Mangan) bukanlah nutrien mineral yang terkenal, tetapi ianya adalah amat penting untuk kesihatan manusia. Mangan amat baik untuk tulang dan dapat membantu badan kita untuk menggunakan nutrien lain seperti Biotin dan thiamin.
Dalam pengambilan Satu hidangan biji chia seed (28 gram) mempunyai kandungan sebanyak 30 peratus seperti yang telah disyorkan untuk mineral ini.

Lebih Banyak Fosforus
Dengan mempunyai 27 peratus daripada nilai yang perlu ada untuk fosforus, bijian chia seed juga turut membantu anda supaya dapat mengekalkan tulang dan gigi yang sihat dan kuat.
 Fosforus juga amat penting untuk mensynthesizekan protein (pertumbuhan dan untuk pembaikan) sel serta tisu tubuh badan kita.
Ingat setiap hari kita terdedah dengan pelbagai pencemaran yang tak dapat di elakkan oleh kita, pengambil CS dapat mengimbangkan nutrient di dalam badan anda.

Kaya Dengan Protein
Biji Chia Seed juga adalah merupakan salah satu sumber protein bagi golongan vegetarian dan ianya tidak mempunyai sebarang kolesterol.
Hanya dalam satu 28 gram hidangan biji Chia Seed yang diambil sudah mempunyai 4.4 gram protein di dalamnya.

Dapat Menstabilkan Gula dalam Darah
Pengambilan biji chia seed juga amat berkesan untuk menstabilkan gula dalam darah kita disamping dapat melawan rintangan bagi insulin yang telah terikat dalam peningkatan pada lemak perut (belly fat). Rintangan yang jenis ini adalah amat berbahaya bagi kesihatan diri kita secara keseluruhanya.

Mudah Berasa Kenyang
Tryptophan adalah merupakan satu sejenis asid amino yang telah ditemui pada ayam belanda. Ianya juga turut ditemui dalam biji Chia Seed.
Walaupun tryptophan akan memberikan kesan mengantuk selepas makan, namun ianya juga amat berpotensi untuk membantu mengawal selera makan anda (mudah berasa kenyang), memberikan tidur yang selesa dan membantu untuk meningkatkan mood anda seharian.

Dapat Meningkatkan Kesihatan Jantung
Kajian daripada Klinik Cleveland turut menyatakan bahawa biji chia seed telah sememangnya terbukti dalam meningkatkan tekanan darah untuk para pesakit kencing manis.
Ianya juga boleh meningkatkan kolesterol sihat untuk tubuh dan pada masa yang sama dapat mengurangkan jumlah kolesterol, LDL dan juga trigliserida.

Penuh dan kaya dengan Omega-3
Biji Chia Seed adalah penuh dan kaya dengan asid lemak omega-3, dengan mempunyai hampir 5 gram dalam setiap hidangan satu aunsnya. Lemak adalah amat penting untuk kesihatan otak anda.

Banyaknya khasiat, manfaat dan kebaikan yang terkandung dalam Biji Chia Seed ini, bagi yang berdiet bolehlah amalkan pengambilan biji chia seed ini.

Semoga perkongsian ini dapat membantu sahabat AM yang merancang atau sedang dalam proses menurunkan berat badan seperti AM. Boleh dapatkan di mana-mana kedai yang menjualkan Chia Seed ini. Nanti AM kongsika resepi yang sedap untuk makan CS ini.


Jumaat, 25 November 2016

5 Jenis Makanan Sihat Untuk Mudah Hamil

5 Jenis Makanan Sihat Untuk Mudah Hamil

5 jenis makanan sihat untuk isteri mudah hamil. Suami isteri yang inginkan zuriat pasti akan berusaha untuk cepat hamil bukan?

Begitu juga dengan AM dan isteri, hamper 4 tahun sudah AM berumahtangga dan masih lagi di uji olehNya. Bersabar dan terus berusaha.

Kali ini AM nak kongsikan khas buat isteri yang disayangi oleh suami. Makanan yang sihat lagi cepat untuk hamil.

5 Jenis Makanan Sihat Untuk Mudah Hamil



Untuk isteri mungkin banyak kemungkinan yang agak susah nak di jelaskan secara ringkas. 

Adakah para isteri mengetahui waktu subur untuk bersama suami dan memudahkan isteri hamil? Ketahui waktu subur isteri.

Yang biasa di hadapi oelh isteri adalah Rahim Lemah yang menjadi punca isteri susah hamil. Mungkin beberapa makanan di bawah boleh membantu para isteri untuk hamil cepat.

Antara makanan sihat yang korang boleh amalkan untuk tingkatkan kesuburan pasangan suami isteri adalah:

Produk Susu 


5 Jenis Makanan Sihat Untuk Mudah Hamil

Susu memang kaya dengan kalsium. Itu semua orang tahu. Tapi, mungkin ramai yang tak tahu produk susu jugak boleh menghasilkan hormon kesuburan untuk mudah hamil.

Produk susu yang aku maksudkan dekat sini bukan setakat susu lembu saja tapi termasuk juga susu kambing, keju, yogurt dan sebagainya.
Sekarang ada pelbagai jenama susu yang mudah di dapati di mana-mana, malah susu kambing juga sudah ada dalam serbuk dan tidak berbau.


Kurma


5 Jenis Makanan Sihat Untuk Mudah Hamil

Buah kurma ni dah lama digunakan oleh masyarakat Timur Tengah untuk meningkatkan kesuburan pasangan suami isteri. Buah kurma ni mengandungi asid folik yang membantu pembentukan sel baru dalam rahim isteri.

Bagi yang rasa tak boleh nak makan kurma, boleh campurkan susu kambing, kurma dan madu untuk dapatkan rasa yang lebih sedap. 

Madu

5 Jenis Makanan Sihat Untuk Mudah Hamil


Madu pun antara makanan yang dah lama diamalkan sejak turun temurun untuk senang mengandung. Madu dapat mencegah gangguan haid pada isteri serta menjadi tubuh badan sentiasa segar.

Bagi suami pulak, madu dapat meningkatkan jumlah dan kualiti sperma dan mencegah daripada kemandulan. 

Masyarakat melayu dulu-dulu sentiasa mengamalkan madu bersama telur ayam kampong. Kita sekarang nak dapat telur kampong pun dah susah bukan?

Kopi

5 Jenis Makanan Sihat Untuk Mudah Hamil


Kopi ni lebih makanan sihat untuk suami. Kopi dikatakan boleh meningkatkan keaktifan sperma tapi anda perlu tahu yang kopi ini tak boleh diambil secara berlebihan.

Sehari secawan pun dah cukup. Dan penting untuk anda minum kopi yang di'brew' daripada kacang kopi yang dipanggang. Kopi yang jenis ini agak mahal tapi kurang kandungan kafein.

Bukan juga kopi yang dibancuh di kedai mamak, memang kaw tapi manis gila, lagi tidak baik untuk kesihatan anda juga.

Kekacang

5 Jenis Makanan Sihat Untuk Mudah Hamil


Walnut, badam dan aprikot adalah antara kekacang yang anda boleh amalkan supaya cepat hamil. Kekacang jenis ini mengandungi omega 3 yang sangat baik dalam menjaga fungsi sistem reproduksi suami dan isteri.

Bukan isteri je yang kena makan kekacang, suami juga boleh mengamalkan makan kekacang .

Nak zuriat mesti berusaha bersama-sama bukan hanya pada isteri semata-mata sahaja. Harus juga di ingatkan bahawa kesuburan bukan hanya isteri sahaja tetapi suami juga mempunyai factor yang sama juga.

Suami juga mempunyai makanan yang boleh meningkatkan kualiti sperma yang AM kongsikan sebelum ini. Makanan yang boleh meningkatkan kualiti sperma.


Semoga perkongsian sedikit sebanyak dapt membantu sahabat AM yang masih lagi berusaha untuk mendapatkan zuriat.

Khamis, 24 November 2016

Makanan yang boleh meningkatkan kualiti sperma

Makanan yang boleh meningkatkan kualiti sperma
Makanan yang boleh meningkatkan kualiti sperma, agak berat untuk dibincangkan tetapi inilah kenyataan yang wajib kaum lelaki terima.

Kesuburan bukan untuk kaum wanita sahaja, kesuburan juga berkaitan dengan kualiti sperma yang dihasilkan oleh lelaki atau suami. Jika berkualiti sperma yang dihasilkan dan isteri juga mempunyai tahap kesuburan yang maksimun, untuk mendapat anak adalah tinggi.
Makanan yang boleh meningkatkan kualiti sperma


Apabila berbicara mengenai hal kesuburan lelaki, ramai yang akan memandang sebelah mata sahaja. Termasuklah AM suatu masa dahulu.

Kebanyakkan lelaki akan beranggapan bahawa mereka sentiasa mempunyai sperma dan yakin dengan diri sendiri.

AWAS !! Mungkin suami juga mempunyai masalah kesuburan tanpa disedar oleh diri sendiri. Jika anda mampu menghasilkan sperma, belum tentu lagi sperma yang dihasilkan adalah BERKUALITI.

Makanan yang boleh meningkatkan kualiti sperma


Bagaimana untuk memeriksa kualiti sperma lelaki? Ramai yang tak tahu bukan. Kini untuk mengetahui kuantiti dan kualiti sperma boleh dilakukan di makmal kesihatan samaada hospital kerajaan mahupun swasta.

AM pernah kongsikan pengalaman melakukan Prosedur UntukUjian Sperma (Semen Analysis) suatu masa dahulu.

Jika anda dah melakukan ujian kesuburan,AM ucapkan TAHNIAH kepada anda kerana mengambil langkah yang cukup berani.

Perlu juga kita melihat beberapa factor yang menyumpang kepada masalah kualiti sperma adalah :-

1) Pengambilan dadah
2) Pengambilan alkohol
3) Duduk terlalu lama. Risiko kepada lelaki yang bekerja sebagai pemandu
4) Merokok
5) Tekanan diri
6) Obesiti atau kegemukan
7) Faktor dari segi perubatan, seperti masalah ejakulasi, hormon yang tidak seimbang dan lain-lain.


Sebenarnya banyak factor yang menyumbang kepada permasalahan kualiti sperma ini tetapi ada beberapa cara yang dapat membantu untuk memulihkannya kembali.

Kali ini AM nak kongsikan beberapa makanan yang perlu di ambil oleh setiap lelaki yang normal mahupun yang bermasalah dengan kualiti sperma ini.

Antaranya adalah : -

Pisang
Makanan yang boleh meningkatkan kualiti sperma


Mengandungi bromelain, sejenis enzim yang turut terdapat dalam buah nanas.Pisang  adalah enzim anti-inflamasi semula jadi yang boleh membantu meningkatkan pengeluaran testosteron iaitu hormon seks lelaki.

Selain itu, pisang kaya dengan vitamin B1, A dan C yang penting dalam penghasilan sperma yang baik. Boleh mulakan mengamalkan makan pisang setiap hari.


Coklat
Sememangnya mempunyai pelbagai khasiat terhadap tubuh badan. Coklat mengandungi L-arginine, sejenis amino asid yang diperlukan oleh tubuh dalam penghasilan sperma.

Coklat dapat meningkatkan bilangan sperma dan isi padu air mani. Pengambilan L-arginine sebagai suplemen tambahan dalam beberapa bulan dapat meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma. Semua orang suka coklat bukan.


Bawang putih
Makanan yang boleh meningkatkan kualiti sperma

Mengandungi oxide synthase (NOS) yang merupakan bahan yang memainkan peranan yang penting dalam ereksi. Bawang putih juga mengandungi selenium dan vitamin B6 yang penting dalam penghasilan sperma yang sihat.

AM sengaja melebihkan bawang putih di dalam masakan AM. Jika susah untuk makan bawang putih yang semulajadi, boleh juga dapatkan bawang putih di dalam bentuk pil yang senang di ambil oleh sesiapa sahaja. 


Buah delima
Mengandungi bahan anti oksida yang dapat melawan malondialdehyde (MDA), sejenis bahan kimia dalam salur darah yang boleh membunuh sel sperma. Malondialdehyde ini juga terdapat dalam air mani yang menunjukkan sperma kurang berkualiti. 

Buah delima sentiasa di rumah AM kerana isteri amat suka akan buah delima ini.


Daging merah
Makanan yang boleh meningkatkan kualiti sperma


Mengandungi zat seperti zink yang membantu menghalang radikal bebas dari menjadi sebahagian dari sperma, yang akan mengurangkan kualitinya.

Zink juga membantu testosteron dari bertukar kepada estrogen yang akan mengakibatkan kurang nafsu syahwat. Ia juga dapat membantu mengurangkan masalah mati pucuk.

Zink juga boleh di dapati di dalam bentuk pil yang mudah di makan seperti Zink Complete dari Shaklee.


Kacang walnut
Makanan yang boleh meningkatkan kualiti sperma


Selain mengandungi arginine, kacang walnut juga mengandungi asid lemak omega-3 yang dapat membantu meningkatkan aliran darah ke arah alat sulit lelaki.

Selain itu, kacang walnut mengandungi anti oksida sebanyak dua kali ganda berbanding kacang-kacang yang lain.


Bayam
Makanan yang boleh meningkatkan kualiti sperma


Terdapat banyak kandungan asid folik dalam bayam yang boleh membantu meningkatkan kuantiti sperma. Bahan ini juga mampu membantu menghasilkan sperma yang sihat dan tinggi mobilitinya.

Susah nak dapat bayam pada hari ini. Jika ada pun dalam kuantiti yang sedikit sahaja.


Telur
Makanan yang boleh meningkatkan kualiti sperma


Dapat membantu meningkatkan bilangan sperma dan membaiki kesuburan. Telur kaya dengan kandungan vitamin E, di mana kekurangannya boleh menyebabkan berlakunya kemerosotan tisu buah alat sulit lelaki.

Kaum Melayu, amat menyarankan pengambilan telur ayam kampung bersama madu untuk tenaga batin.


Air
Makanan yang boleh meningkatkan kualiti sperma


Cara yang paling mudah untuk meningkatkan bilangan sperma adalah dengan meminum air yang mencukupi setiap hari. Ia sangat penting bagi memastikan tubuh badan anda sentiasa terhidrat bagi meningkatkan fungsi sel-sel dalam badan termasuklah sel sperma.

Bilangan pengambilan air yang mencukupi adalah antara lapan hingga sepuluh gelas air setiap hari. Bukan air yang manis atau yang bergula.

AM pernah juga kongsikan Kelebihan Minum Air Masak yang ramai tak tahu.

Cukup dahulu dengan 8 makanan yang mampu memberi kualiti sperma kepada lelaki untuk memberi zuriat kepada keluarga. AM juga masih lagi berusaha untuk mendapatkan anak yang pertama.

Mungkin ini ujian yang diberi olehNya kepada Am dan isteri. Semoga perkongsian ini dapat membantu sahabat yang yang mengalami masalah ini ataupun yang dahagakan ilmu pengetahuan mengenai kualiti sperma.




Isnin, 21 November 2016

6 makanan penyebab sakit sendi

6 makanan penyebab sakit sendi

6 makanan penyebab sakit sendi, sekarang  muda-muda lagi dah ada yang mempunyai masalah sakit sendi.

Makanan adalah penyebab utama kesemua masalah kesihatan kita. Nafsu makan kita hari ini semakin menjadi-jadi dan pelbagai pilihan makanan segera yang boleh menjadi penyebab masalah sakit sendi.

6 makanan penyebab sakit sendi


Dibawah AM senaraikan 6 makanan penyebab masalah sakit sendi :-

Makanan bergoreng 

6 makanan penyebab sakit sendi


Hari ini semua makanan adalah bergoreng yang paling mudah terutamanya makanan segera. Tahukah kita akan bahaya makanan bergoreng ini?

Makanan bergoreng memang sedap tetapi ia tidak boleh dijadikan amalan kerana memberi kesan jangka masa panjang terhadap kesihatan.

Dikatakan individu yang gemar mengambil makanan bergoreng boleh mendatangkan impak negatif terhadap radang sendi melalui, radang yang berlaku semakin teruk dan berpunca oleh pertambahan berat badan.

Ini secara tidak langsung mendatangkan tekanan yang lebih banyak di bahagian sendi.
Makanan bergoreng juga penyebab Masalah Perut Buncit dan Kolesterol Tinggi.


Garam 

6 makanan penyebab sakit sendi


Pertambahan kandungan garam di dalam tubuh hanya akan memburukkan masalah radang sendi.

Oleh itu, segeralah hindari makanan yang menggunakan jumlah garam yang tinggi seperti makanan segera, snek ringan dan sebagainya.


6 makanan penyebab sakit sendi


Ramai yang sedia maklum bahawa daging mempunyai sumber zat besi yang tinggi. Walau bagaimanapun penghidap artritis dimestikan untuk mengelak atau menghentikan terus pengambilan daging dalam menu masakan seharian.

Ini disebabkan kandungan lemak yang terdapat di dalam daging tersebut boleh menjadi bahan beracun yang akan memburukkan masalah radang yang dirasai.


Alkohol dan rokok 

6 makanan penyebab sakit sendi


 Merokok dan pengambilan alkohol dalam tempoh yang kerap merupakan satu tabiat yang buruk.

Penghidap artritis atau masyarakat yang mementingkan kualiti hidup yang sihat mesti menjauhi dua perkara ini.


Gluten 

6 makanan penyebab sakit sendi


Gluten adalah sejenis protein yang terdapat di dalam gandum dan bijirin yang lain. Bagi individu yang menderita sakit sendi maka sebaiknya  perlu menghidari makanan seperti ini lantaran gluten yang terkandung di dalamnya.


Produk berasaskan susu 

6 makanan penyebab sakit sendi


Kandungan protein di dalam susu berupaya merosakkan sistem antibodi yang mana ia diketahui berupaya melindungi tubuh daripada masalah peradangan.

Individu yang bertarung dengan penyakit sendi seharusnya mengelak dari mengambil susu atau produk yang menggunakan ia sebagai bahan utama.


Semoga perkongsian ini dapat membantu sahabat AM yang sedang menghadapi masalah sendi untuk menjauhi 6 makanan yang menjadi penyebab masalah sendi.