Selasa, 6 Jun 2017

8 Perkara yang Mampu Anda Miliki Jika Berhenti Merokok Sekarang

8 Perkara yang Mampu Anda Miliki Jika Berhenti Merokok Sekarang

Terlintas atau tidak jika anda berhenti merokok sekarang mungkin 8 perkara ini yang tidak terlintas di fikiran anda mungkin anda miliki hanya dengan berhenti merokok sahaja.

Bukan sembang kosong atau cakap-cakap sahaja, perlukan satu Keberanian yang cukup tinggi untuk berhenti merokok pada hari ini. Dengan pelbagai faktor yang mungkin mendorong orang yang ingin berhenti merokok yang masih lagi tidak mampu di atasi.

Paling mudah adalah kawan-kawan sekerja yang sama-sama menjadi perokok tegar dan juga kawan yang suka menganjing jika ada kawan yang berniat untuk berhenti merokok.




Jika anda sudah ada niat di hati untuk berhenti merokok? Mungkin artikel AM ini dapat membantu memberi motivasi dan semangat untuk terus berhenti merokok. 8 Perkara yang Mampu Anda Miliki Jika Berhenti Merokok Sekarang

Bayangkan jika harga rokok sekarang berharga RM 17.00 sekotak. Bukankan harga sekotak sudah menyamai dengan kos makan sehari. Kos makan ini berdasarkan kehidupan AM sebagai pekerja yang makan pagi dan tengahari di Kelantan.

Tapi bagi perokok tegar harga RM 17.00 ini adalah kecil untuk memuaskan nafsu merokok. Jangan kecam AM pula. Ini adalah reality dan bukanya fantasi yang AM ciptakan. Jika anda berasa mahal semestinya anda akan berhenti merokok.

Baca juga Panduan Berhenti Merokok

AM cuba sediakan beberapa keperluan yang mungkin anda beli jika mula berhenti merokok hari ini dan simpan RM 17.00 sehari. Mungkin tidak menjadikan anda seorang yang kaya tapi mungkin dapat membantu keluarga anda untuk mendapatkan beberapa barang kepeluan dan kehendak hanya dengan diri anda berhenti merokok sahaja. 8 Perkara yang Mampu Anda Miliki Jika Berhenti Merokok Sekarang

Kita menggunakan formula sekotak rokok bernilai RM 17.00 dan anda hanya membelanjakan RM 17.00 untuk sekotak rokok sehari. Apa yang anda mampu miliki jika menyimpan RM17.00 sehari.


Seminggu (7hari x RM 17.00 = RM 119)

Jika anda berhenti selama seminggu bermula hari ini, minggu depan anda sudah boleh memiliki seutas jam Casio dari Lazada.com.my


Casio Men Data Bank Black Dial Rubber Strap Watch AW-81-1A1VDF



Sebulan (30hari x RM 17.00= RM 510)

Jika anda berhenti bermula hari ini, sebulan lagi anda mampu sebuah telefon Lenovo Vibe S1 di Lazada.com.my


Lenovo Vibe S1 Dual Selfie Camera , 32GB ROM / 3GB RAM (White)



3 Bulan (90hari x RM17.00 = RM 1530)

Berhenti bermula hari ini dan dalam masa 3 bulan,  sekeping 5g Public Gold Bar dan 1/2 Dinar Public Gold akan jadi milik anda. 8 Perkara yang Mampu Anda Miliki Jika Berhenti Merokok Sekarang


Public Gold LBMA Bullion Bar 5g



6 bulan (180hari x RM 17.00= RM 3 111)

Jika anda berjaya berhenti selama 6 bulan, anda boleh memiliki sebuah iPhone 7. Tahniah..


Apple iPhone 7 32GB (Gold)



Setahun (365hari x RM 17.00 = RM 6 205)

Dalam masa setahun menabung duit rokok, anda sudah boleh memiliki sebuah Yamaha LC.
Yamaha LC


5 tahun (1825hari x RM17.00 = RM 31 025)

Jika anda berhenti merokok selama 5 tahun anda boleh menggunakan duit rokok itu untuk membayar duit muka 10 peratus untuk sebuah rumah bunglo setingkat di Kelantan.


10 tahun (3650hari x RM17.00 = RM 62 050)

Menurut laman web tabung haji, kos untuk pergi haji bagi mereka yang belum pergi haji adalah RM 9,980. Ini bermakna jika anda tidak merokok selama 10 tahun, anda boleh membawa ibu bapa dan juga keluarga anda pergi haji. Jadi lebih baik simpan duit tu dalam tabung haji. 8 Perkara yang Mampu Anda Miliki Jika Berhenti Merokok Sekarang


Menunai Haji


30 tahun (10 950hari x RM 17.00 = RM 186 150)

Jika kini anda berumur 30-an rasanya ini adalah masa yang tepat untuk anda memulakan perjuangan melawan rokok. Berhenti, simpan duit itu dan dalam masa 30 tahun lagi anda akan mampu menabung duit yang banyak untuk masa depan anak-anak.

Bayangkan jika anda tidak berhenti bermula hari ini, duit anda sebanyak RM185,150 hanya akan terbakar begitu sahaja. Tanpa memberi apa-apa kebaikkan kepada diri anda mahupun keluarga anda.

Jika anda ada 5 orang anak, anda boleh membekalkan mereka dengan RM37,000 seorang, cukup untuk mereka berbelanja RM100 setiap hari selama setahun.

Bayangkan sudah berapa lama anda telah membakar duit yang sepatutnya dibelanjakan kepada anak-anak dan keluarga anda. Jika contoh di atas dapat memberi inpirasi dan membuka mata anda untuk berhenti merokok. 8 Perkara yang Mampu Anda Miliki Jika Berhenti Merokok Sekarang

Maka bermula hari ini dan saat ini juga anda wajib untuk berhenti merokok. Tiada paksaan untuk anda berhenti merokok kerana duit yang dibelanjakan untuk membeli rokok adalah duit anda sendiri dari usaha anda sendiri.

AM hanya sekadar memberi perbandingan sahaja jika anda berhenti merokok apa yang anda dapat miliki. Agama islam sendiri juga menegaskan penganutnya daripada memudaratkan kesihatan dengan perbuatan yang disengajakan.




Jika hendak dibincangkan mengenai halal haram atau harus merokok ini pastinya aka nada pelbagai pendapat yang boleh dibincang dan dibahaskan pula.

Sejujurnya juga untuk diri AM sendiri untuk mengumpul RMN 17.00 sehari bukan benda yang senang kerana AM tidak pernah membelanjakan nilai sebesar itu untuk memudaratkan kesihatan AM sendiri. 8 Perkara yang Mampu Anda Miliki Jika Berhenti Merokok Sekarang

Jika AM juga tergolong di kalangan perokok tegar mungkin jumlah RM 17.00 ini adalah kecil untuk mula menyimpan dan tidak mustahil jika banyak perkara yang mampu AM beli apabila dapat mengumpul sebanyak ini.

Ada juga orang lain yang akan bersuara nanti dengan artikel ini. Bila tak merokok pun tak mampu juga mengumpul duit setiap hari dengan RM 17.00. Mungkin ada betulnya tetapi harus di ingatkan juga, jika anda tidak mengumpul RM 17.00 sehari tanpa anda merokok pasti duit itu anda belanjakan untuk makan sehari atau boleh juga digunakan untuk top up smartphone anda atau juga boleh belanja awek kfc dah dengan nilai RM 17.00.

Banyak perkara yang mampu dibuat atau dibeli dengan RM 17.00. Sekarang nak dapatkan duit pun susah, takkan lah sesenang itu anda membakar duit yang anda cari. 8 Perkara yang Mampu Anda Miliki Jika Berhenti Merokok Sekarang

Tepuk dada Tanya sama itu nafsu, adakah berbaloi untuk aku terus merokok ini atau perlukah aku berubah demi diri sendiri dan orang tersayang? Hanya diri sendiri yang mampu menjawap persoalan itu.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi semangat dan inpirasi kepada sahabat-sahabat AM yang dalam proses untuk berhenti merokok.

Artikel Terkait

6 comments

merokok perkara yang sia sia dan merugikan kesihatan...wajib berhenti seger...berhenti mesti mula dari hati bukan hanya di mulut...


bagusnya kalau berhenti duit tersebut dapat digunakan seperti yang AM kongsikan...sangt lumayan

wow... hebatnya jika berhenti merokok, mmg berbaloi...

Amat berbaloi jika kita ada semangat dan sokongan untuk berhenti merokok

Amat lumayang tuan arzmoha..
AM yang tak merokok nie kalau simpan RM17 sehari pun tak mampu..
Tapi bagi mereka yang merokok RM17 nie senang2 je bakar kan..


EmoticonEmoticon