Panduan Mencari Keyword Paling Mudah dan Berkesan |Mungkin sudah ramai yang mengetahui panduan untuk mencari keyword atau tajuk yang boleh memberi peluang kepada iklan untuk muncul pada harga yang tertinggi.
AM bukan seorang pakar dalam mencari keyword untuk sesebuat artikel tetapi banyak mencuba teknik dan mengikuti beberapa kelas persendirian yang mengajar untuk mencari keyword yang boleh memberi hasil yang lumanyan kepada diri sendiri.
Kenapa Wajib Mencari Keyword Mahal?
Mungkin kebanyakkan daripada blogger akan menulis apa sahaja yang terlintas (seperti mana AM menulis artikel ini) tetapi harus di ingat jika blog kita mempunyai akaun adsense dan ada iklan yang sedang dipaparkan. Mungkin ini peluang untuk kita mendapatkan iklan yang mahal dari adsense. Panduan Mencari Keyword Paling Mudah dan Berkesan
Banyak panduan yang boleh digunakan untuk mendapat keyword-keyword yang mahal dari adsense, tetapi ada yang mudah dan ada juga yang sukar. Mungkin panduan AM ini boleh memudahkan sahabat AM untuk mendapat keyword yang terbaik untuk setiap artikel.
Satu Keyword Menghasilkan Beratus Tajuk Artikel
Percaya atau tidak ada satu laman web yang menyediakan perkhimatan untuk mendapat beratus-ratus tajuk untuk artikel hanya dengan mengunakan satu keyword yang kita perlukan sahaja.
Laman web itu adalah Keyword Tool, cukup mudah anda hanya perlu setting beberapa perkara sahaja seperti:-
- Google domain – google.com.my
- Bahasa – Malay
Anda boleh menggunakan seberapa banyak keyword yang anda ingin cari menggunakan keyword tool ini. Untuk mengetahui semua, jika anda menggunakan Keyword Tool ini secara percuma, nilai untuk Serch Volume, CPC dan AdWords Copetition tidak akan dipaparkan. Panduan Mencari Keyword Paling Mudah dan Berkesan
Anda masih lagi memerlukan satu lagi laman web yang akan memberi semua nilai yang tiada di atas. Sebagai contoh carian AM untuk keyword “bitcoind investment” mempunyai 201 keyword yang berkaitan yang boleh AM gunakan untuk membuat artikel.
Keyword Planner
Pernah menggunakan laman web Keyword Planner? Biasanya keyword planner digunakan oleh peniaga dan pakar adword. Tetapi blogger juga boleh menggunakan keyword planner untuk mendapat nilai yang sanggup dibayar oleh pengiklan untuk setiap iklan.
Apa yang perlu lakukan dengan keyword di Keyword Tool tadi adalah dengan klik “copy” dan anda hanya perlu “paste” pada laman web Keyword Planner sahaja.
Setting untuk keyword planner juga sama dengan setting pada keyword tool sebelum ini. Lihat di bawah untuk setting keyword planner. Panduan Mencari Keyword Paling Mudah dan Berkesan
Sudah dapat semua nilai yang diperlukan seperti Avg. monthly searches ( jumlah carian bulanan), Competition (aras carian) dan suggested bid ( berapa banayk pengiklan yang sanggup bayar untuk satu-satu keyword)
Setiap satu daripada di atas mempunyai nilai tersendiri buat kita sebagai blogger. Anda mungkin berminat dengan suggested bid yang mahal untuk membuat artikel dan berharap iklan yang paling mahal berada di blog kita dan pengunjung akan klik iklan tadi. Hasilnya sekali klik kita dapat hasilnya.
Atau kita boleh menggunakan competition dan avg. monthly yang tinggi untuk mencerahkan lagi peluang untuk pengunjung untuk mengunjung blog kita dan membaca artikel dan juga klik pada iklan yang ada. Panduan Mencari Keyword Paling Mudah dan Berkesan
Apa yang penting untuk seorang blogger adalah ketiga-tiga di atas tadi. Perlunya carian yang paling banyak setiap bulan dan iklan yang mahal untuk menambahkan lagi pendapatan adsense ini.
Jika carian adalah tinggi, risiko kita pula adalah persaingan daripada blogger lain juga menjadi semakin tinggi. Sebaliknya pula jika carian tidak tinggi setiap bulan memberi peluang kepada blog kita berada di carian pertama di google atau Yahoo atau pun Bing.
Paling penting juga adalah setiap artikel kita memerlukan SEO juga untuk berada di carian pertama pengguna yang dahagakan maklumat dari kita.
Untuk SEO artikel, nanti AM kongsikan kepada anda semua. AM bukanya pakar dalam SEO tetapi untuk berkongsi pengalaman yang tak seberapa ini sahaja. Panduan Mencari Keyword Paling Mudah dan Berkesan
Semoga perkongsian ini dapat membantu sahaat AM untuk mengkaji dan menilai setiap keyword yang ingin di takluk untuk mendapat 1st page carian.