Isnin, 18 September 2017

Syarat Untuk Kursus Penjaga Jentera A0 Separuh Masa di ILPKB

Syarat Untuk Kursus Penjaga Jentera A0 Separuh Masa di ILPKB | Tiba masanya untuk AM menyambung kembali pengajian yang tertangguh hampir 10 tahun sudah. Terasa rugi zaman remaja dulu-dulu tidak sambung terus. Kali ini AM nak sambung Kursus Penjaga Jentera A0 secara separuh masa di Institut Latihan Perindustrian Kota Bharu.

Sebelum ini AM pernah kongsikan Panduan mengikuti Kursus Separuh Masa Penjaga Jentera yang boleh di ambil dimana-mana institusi yang menawarkan kursus berkenaan.

Syarat Untuk Kursus Penjaga Jentera A0 Separuh Masa di ILPKB | Tiba masanya untuk AM menyambung kembali pengajian yang tertangguh hampir 10 tahun sudah. Terasa rugi zaman remaja dulu-dulu tidak sambung terus. Kali ini AM nak sambung Kursus Penjaga Jentera A0 secara separuh masa di Institut Latihan Perindustrian Kota Bharu. Sebelum ini AM pernah kongsikan Panduan mengikuti Kursus Separuh Masa Penjaga Jentera yang boleh di ambil dimana-mana institusi yang menawarkan kursus berkenaan. Kali ini AM nak kongsikan pula syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh pemohon untuk memohon Kursus Penjaga Jentera A0 Secara Separuh Masa di ILB Kota Bharu bagi sesi 1/18 bakal bermula seawal bulan Oktober 2017 lagi. Syarat Untuk Kursus Penjaga Jentera A0 Separuh Masa di ILPKB Beberapa hari yang lepas, AM telah berkunjung ke ILP Kota Bharu untuk mengambil borang dan juga untuk bertanya lebih lanjut mengenai Kursus Separuh Masa Penjaga Jentera A0. Beberapa syarat perlu dipatuhi oleh pemohon seperti di bawah ini. 1. Bekerja tidak kurang daripada tiga (3) tahun dalam persekitaran dimana terdapat pengendalian kelengkapan elektrik dan mempunyai pengalaman mengawal kelengkapan hidup 2.

Kali ini AM nak kongsikan pula syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh pemohon untuk memohon Kursus Penjaga Jentera A0 Secara Separuh Masa di ILP Kota Bharu bagi sesi 1/18 bakal bermula seawal bulan Oktober 2017 lagi. Syarat Untuk Kursus Penjaga Jentera A0 Separuh Masa di ILPKB

Beberapa hari yang lepas, AM telah berkunjung ke ILP Kota Bharu untuk mengambil borang dan juga untuk bertanya lebih lanjut mengenai Kursus Separuh Masa Penjaga Jentera A0.

Beberapa syarat perlu dipatuhi oleh pemohon seperti di bawah ini.
1. Bekerja tidak kurang daripada tiga (3) tahun dalam persekitaran dimana terdapat pengendalian kelengkapan elektrik dan mempunyai pengalaman mengawal kelengkapan hidup
2. Memiliki buku log yang lengkap berkaitan kerja-kerja pengendalian kelengkapan elektrik dan mengawal kelengkapan hidup bagi tempoh pengalaman di atas, yang telah disahkan oleh orang kompeten berkaitan dan juga majikan.
3. Mempunyai penyata KWSP atau SOCSO, bukti pengalaman kerja tiga (3) tahun tersebut atau lebih. Syarat Untuk Kursus Penjaga Jentera A0 Separuh Masa di ILPKB

atau

1. Mempunyai perakuan kekompetenan
a. Pendawai PW1/PW2/PW3/PW4/PW6
b. Sijil Politeknik (Kejuruteraan Elektrik)
Dengan berpengalaman kerja tidak kurang daripada dua (2) tahun dalam persekitaran dimana terdapat pengendalian kelengkapan elektrik dan mempunyai pengalaman mengawal kelengkapan hidup
2. Memiliki buku log yang lengkap berkaitan kerja-kerja pengendalian kelengkapan elektrik dan mengawal kelengkapan hidup bagi tempoh pengalaman di atas, yang telah disahkan oleh orang kompeten berkaitan dan juga majikan.
3. mempunyai penyata KWSP atau SOCSO, bukti pengalaman kerja dua (2) tahun tersebut atau lebih.

Sejujurnya AM berada di dalam keadaan yang kedua iaitu memiliki Diploma Kejuruteraan Elektrik dari Politeknik pada tahun 2008 lagi. Alhamdulillah, masih boleh digunakan lagi Sijil Diploma AM yang ini. Syarat Untuk Kursus Penjaga Jentera A0 Separuh Masa di ILPKB


Borang dan Dokumen yang Berkaitan


Beberapa borang dan dokumen juga perlu disediakan oleh pemohon untuk diproses oleh pihak ILP Kota Bharu. Kesempatan ini AM ambil untuk berborak panjang dengan pengajar di ILPKB yang banyak membuka minda AM untuk terus bersemangat untuk memohon Kursus Penjaga Jentera A0 ini.

Antara dokumen yang perlu disediakan adalah :-

Gambar Passport

Gambar berukuran passport yang dicetak di atas kertas gambar yang biasa sahaja dan bukan dari jenis “glossy” yang licin dan sukar untuk dicop apabila diluluskan untuk mengambil Kursus Penjaga Jentera A0.

Jika tersalah memberi passport yang glossy mungkin permohonan akan ditolak dan jika hendak juga mengambil kursus ini perlu membayar dendan yang pasti akan membebankan pemohonan. Syarat Untuk Kursus Penjaga Jentera A0 Separuh Masa di ILPKB


Surat Akuan Majikan

Syarat untuk mengambil Kursus Penjaga Jentera A0 ini memerlukan pengesahan dan akuan dari majikan yang pemohon sedang bekerja sekarang yang berkaitan dengan elektrik dan jentera.

Surat akuan ini juga perlu menyatakan bahawa pemohon telah bekerja melebihi 3 tahun di dalam bidang elektrik dan kelengkapan elektrik yang berkaitan.


Borang Permohonan


Ini yang paling penting kerana tanpa borang ini, anda tidak mungkin diterima untuk Kursus Separuh Masa Penjaga Jentera A0. Anda hanya perlu mengisi maklumat diri anda sahaja dan mendapat cop rasmi majikan anda untuk pengesahan sahaja.


Salinan Sijil / Diploma dan Kad Pengenalan

Salinan sijil atau diploma juga perlu di sertakan bersama dengan borang permohonan untuk diserahkan kepada pihak ILP dan dipanjangkan kepada pihak Suruhanjaya Tenaga bagi proses kelulusan dan juga untuk mendapat lessen dari pihak Suruhanjaya Tenaga apabila lulus peperiksaan nanti. Syarat Untuk Kursus Penjaga Jentera A0 Separuh Masa di ILPKB


KWSP / SOCSO

Ini juga penting untuk membuktikan bahawa anda seorang pekerja yang berpengalaman dan di akui benar bekerja dengan majikan yang menyediakan surat akuan tadi.

Syarat Untuk Kursus Penjaga Jentera A0 Separuh Masa di ILPKB | Tiba masanya untuk AM menyambung kembali pengajian yang tertangguh hampir 10 tahun sudah. Terasa rugi zaman remaja dulu-dulu tidak sambung terus. Kali ini AM nak sambung Kursus Penjaga Jentera A0 secara separuh masa di Institut Latihan Perindustrian Kota Bharu. Sebelum ini AM pernah kongsikan Panduan mengikuti Kursus Separuh Masa Penjaga Jentera yang boleh di ambil dimana-mana institusi yang menawarkan kursus berkenaan. Kali ini AM nak kongsikan pula syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh pemohon untuk memohon Kursus Penjaga Jentera A0 Secara Separuh Masa di ILB Kota Bharu bagi sesi 1/18 bakal bermula seawal bulan Oktober 2017 lagi. Syarat Untuk Kursus Penjaga Jentera A0 Separuh Masa di ILPKB Beberapa hari yang lepas, AM telah berkunjung ke ILP Kota Bharu untuk mengambil borang dan juga untuk bertanya lebih lanjut mengenai Kursus Separuh Masa Penjaga Jentera A0. Beberapa syarat perlu dipatuhi oleh pemohon seperti di bawah ini. 1. Bekerja tidak kurang daripada tiga (3) tahun dalam persekitaran dimana terdapat pengendalian kelengkapan elektrik dan mempunyai pengalaman mengawal kelengkapan hidup 2.


Pembelajaran Bermula Awal


Apa yang mengejutkan AM sekrang adalah penbelajaran untuk Kursus Separuh Masa Penjaga Jentera A0 di ILPKB ini rupanya bermula lebih awal dari jadual yang sebenarnya.

Rezeki AM untuk mengambil kursus ini cukup baik kerana 2 minggu sebelum kursus bermula AM bertanya dan diterima masuk untuk sesi pertama untuk tahun 2018.

Pengajian bermula seawal bulan Oktober 2017 sehingga Mei 2018. Pengajian ini juga memakan masa selama 600 jam untuk teori dan pratikal. Untuk mendapat lesen Penjaga Jentera A0 juga memerlukan lulus peperiksaan yang akan dijalankan pada penghujung kursus nanti.

Semoga perkongsian Syarat Untuk Kursus Penjaga Jentera A0 Separuh Masa di ILPKB ini dapat membantu sahabat AM yang sedang mencari kursus separuh masa yang di tawarkan oleh beberapa institusi yang ada di Malaysia dan mendapat lesen daripada Suruhanjaya Tenaga Malaysia

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon