8 Sumber Vitamin Dan Nutrisi Yang Baik Untuk Kesihatan Tulang Belakang | Pemakanan atau diet yang diamalkan setiap hari juga salah satu factor penyebab sakit belakang yang mesti ramai yang terlupa atau terlepas pandang.
Pemakanan yang sihat dan berkhasiat pasti akan dapat mencegah gejala sakit belakang ini. Tetapi hari ini tidak semua orang boleh mengikut diet yang sempurna yang dicadangkan oleh pakar pemakanan.
Makanan Segera dan Kedai Makan
Kesibukkan menjadikan kita lebih memilih makan segera (fast food), daripada mengamalkan pemakanan yang sempurna yang dicadangkan oleh pakar pemakanan.
Begitu juga jika tidak makan makanan segera, pilihan yang lain adalah kedai makan yang banyak samaada tepi jalan mahupun restoran. Tahukah anda, kebanyakkan kedai makan atau restoran juga menggunakan perisa dan bahan-bahan yang boleh membahayakan kesihatan kita. 8 Sumber Vitamin Dan Nutrisi Yang Baik Untuk Kesihatan Tulang Belakang
Beberapa sumber vitamin yang baik untuk kesihatan tulang belakang adalah :-
Vitamin A
Merupakan antioksida yang dapat membantu sistem imunisasi badan untuk melawan penyakit. Ia bagus untuk belakang kerana membantu pembaikkan tisu dan pembentukan tulang. Selain itu, ia juga dapat membantu penggunaan protein badan dengan berkesan.
Sumber Vitamin A
Daging lembu, hati ayam, susu, mentega, keju dan telur; buah-buahan seperti aprikot, tembikai; sayur-sayuran seperti lobak merah, ubi keledek dan bayam.
Vitamin B12
Untuk kesihatan tulang sum-sum dan tulang belakang. Ia juga untuk berkembang dan berfungsi dengan baik.
Sumber Vitamin B12
Hati, ikan, daging merah dan ayam, susu, yogurt, keju dan telur. 8 Sumber Vitamin Dan Nutrisi Yang Baik Untuk Kesihatan Tulang Belakang
Vitamin C
Adalah perlu untuk pembentukan kolagen, iaitu satu bahagian penting dalam proses yang membolehkan sel-sel berubah kepada tisu. Ia membantu proses penyembuhan yang melibatkan kecederaan tendon, ligamen dan cakera vertebra.
Sumber Vitamin C
Buah-buahan, seperti strawberi, kiwi dan buah-buahan sitrus (limau, jambu) dan tomato; sayur-sayuran seperti brokoli, bayam, lada merah dan hijau, ubi keledek dan kentang putih.
Vitamin D
Membantu meningkatkan penyerapan kalsium, nutrisi terpenting dalam pembentukan tulang yang kuat dan sihat. Penyerapan kalsium yang mencukupi membantu menghalang pembentukkan osteoporosis.
Sumber Vitamin D
Kuning telur dan minyak ikan; juga terdapat dalam kebanyakan susu; juga boleh diperolehi dengan berjemur di bawah cahaya matahari. 8 Sumber Vitamin Dan Nutrisi Yang Baik Untuk Kesihatan Tulang Belakang
Vitamin K
Diperlukan oleh tulang untuk fully utilize kalsium. Gabungan vitamin K dan kalsium berfungsi membantu tulang kekal kuat dan sihat.
Sumber Vitamin K
Hati, sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam dan brokoli, produk tenusu.
Zat Besi
Diperlukan oleh sel-sel untuk kekal sihat kerana ia membantu proses menerima oksigen dan menyingkirkan karbon dioksida. Ia juga dapat membantu pengeluaran myoglobin, iaitu elemen penting bagi otot yang sihat yang diperlukan untuk menyokong tulang belakang.
Sumber Zat Besi
Hati, ikan, kerang, daging merah dan ayam; kacang merah, kacang, soya, telur, bijirin, dan sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam, dan brokoli. 8 Sumber Vitamin Dan Nutrisi Yang Baik Untuk Kesihatan Tulang Belakang
Magnesium
Penting untuk otot “relaxing and contracting”. Ia juga dapat membantu mengekalkan muscle tone dan kepadatan tulang, dimana membantu mencegah masalah sakit belakang.
Sumber Magnesium
Bijirin, roti gandum, kacang, kekacang, kentang, avokado, pisang, buah kiwi, udang, dan sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam, dan brokoli.
Kalsium
Pengambilan kalsium yang mencukupi adalah penting untuk membantu menghalang pembentukan osteoporosis, sejenis penyakit tulang rapuh dan boleh menyebabkan keretakan tulang belakang.
Sumber Kalsium
Produk tenusu seperti yogurt, keju dan terutamanya susu; sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam dan brokoli; tauhu, kacang tanah, kacang, kacang hitam dan kacang panggang (baked bean); ikan (salmon dan sardin); bijan, tortillas jagung, badam dan gula perang. 8 Sumber Vitamin Dan Nutrisi Yang Baik Untuk Kesihatan Tulang Belakang
Semoga perkongsian ini dapat membantu sahabat AM yang mengalami atau cuba mencegah gegala sakit belakang dengan diet yang sesuai dan sempurna.