Sabtu, 20 April 2019

Promosi Bufet Ramadan di Palm Terrace Café dan Dynasty Restauran, The Grand Renai Kota Bharu Hotel

Promosi Bufet Ramadan di Palm Terrace Café dan Dynasty Restauran, The Grand Renai Kota Bharu Hotel | Bersempena menyambut kedatangan bulan Ramadan pada tahun ini, The Grand Renai Hotel akan menyediakan hidangan bufet Ramadan yang bertemakan “Kembara Ramadan” yang akan diadakan di Palm Terrace Café.




AM berpeluang untuk merasai suasana kembara Ramadan di The Grand Renai Kota Bharu Hotel beberapa yang lepas. Program ini diadakan untuk memperkenalkan menu dan merasai sendiri masakan dari chef yang terkenal.

Sejujurnya suasana di The Grand Renai Kota Bharu Hotel cukup tenang dan selesa bagi sesiapa sahaja samada berseorangan ataupun berkeluarga.


Kelainan Masakan Cina Untuk Berbuka Puasa

Pada minggu kedua Ramadan juga. Dynasty Restaurant turut menyediakan hidangan buffet berbuka puasa bagi mereka yang inginkan citarasa masakan Cina dengan tema “Citarasa Chinese”. Promosi Bufet Ramadan di Palm Terrace Café dan Dynasty Restauran, The Grand Renai Kota Bharu Hotel.

Masakan cina juga disediakan bagi sesiapa yang ingikan sedikit kelainan bagi berbuka puasa dengan merasai sendiri masakan cina. AM pernah merasai masakan cina di Dynasty Restaurant The Grand Renai Kota Bharu Hotel dan AM cukup memuji chef yang mampu masak masakan cina yang asal.

Baca juga Media Preview Menu Set Sempena Tahun Baru Cina 2019 di Restaurant Dynasty, The Grand Renai Kota Bharu Hotel

The Grand Renai amat mengalu-alukan para tetamu untuk bersama-sama menikmati hidangan berbuka puasa yang disediakan oleh chef yang diketuai oleh Chef Rajali Punong di Palm Terrace Café.



Harga Yang Ditawarkan Cukup Berbaloi

Harga yang amat berpatutan berbanding tahun-tahun yang lalu, iaitu hanya pada harga RM69 setiap seorang. Dan jika anda membuat tempahan sebelum 5 Mei 2019, anda akan menikmati tawaran harga istimewa iaitu hanya pada RM62 setiap seorang. Promosi Bufet Ramadan di Palm Terrace Café dan Dynasty Restauran, The Grand Renai Kota Bharu Hotel



Lokasi The Grand Renai Kota Bharu Hotel

Hotel yang terletak ditengah-tengah bandaraya Kota Bharu dan hanya mengambil masa 15 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra ini mempunyai suasana yang menenangkan dimana para tetamu boleh menikmati hidangan berbuka puasa bermula 6.30 petang sehingga 10.30 malam.

Tema “Kembara Ramadan” ini membawa tetamu untuk menikmati pelbagai hidangan berbuka puasa dari seluruh pelusuk Malaysia seperti Kambing Golek, Bubur Lambuk Daging Rusa, Daging Bakar Air Asam Manjong, Sotong Sambal Petai, Kerutuk Serati, Ikan Keli Masak Lemak Pucuk Kadok dan pelbagai lagi hidangan yang menyelerakan turut tersedia.


Hidangan Yang Ditawarkan di Palm Terrace Bufet

AM berpeluang merasai dan menikmati sendiri masakan yang bakal di hidangkan sepanjang bulan Ramadan nanti. Sejujurnya memang terbaik dan sedap-sedap semua masakan yang di hidangkan. Promosi Bufet Ramadan di Palm Terrace Café dan Dynasty Restauran, The Grand Renai Kota Bharu Hotel.

Suatu kelainan yang disediakan oleh pihak The Grand Renai Kota Bharu Hotel untuk Ramadan tahun ini adalah “Pisang Goreng Ketuk” yang pasti tiada di mana-mana restoran mahupun di hotel lain. AM akan kongsikan sedikit rasa dan cara memasak “Pisang Goreng Ketuk”.


Kambing Golek


Sudah menjadi ‘trend’ atau kebiasaan bagi mana-mana hotel menyediakan sajian kambing golek dengan sos lada hitam. Kambing yang sama tetapi sos perapan dan sos lada hitam adalah berbeza bagi setiap hotel dan restoran yang menyediakan hidangan ini.


Nasi Arab


Belum pernah lagi AM mencuba nasi arab disediakan untuk berbuka puasa di mana-mana hotel yang AM kunjungi sebelum ini. Ditambah pula dengan kambing golek, memang terbaik. Promosi Bufet Ramadan di Palm Terrace Café dan Dynasty Restauran, The Grand Renai Kota Bharu Hotel.


Pelbagai Sup Pilihan


Bila berbuka puasa mesti ada yang ingin berbuka dengan pelbagai hidangan sup yang panas-panas bukan. Jika kita membeli pasti hanya satu jenis sup sahaja. Di Palm Terrace Café, kita boleh mencampur pelbagai lauk untuk sup panas yang lazat mengikut citarasa sendiri. Antara lauk yang disediakan adalah ayam, urat, lidah, ekor, perut dan belut.


Pisang Ketuk Goreng


Hidangan yang paling istimewa bagi sesiapa sahaja yang berbuka puasa di The Grand Renai Kota Bharu Hotel nanti adalah Pisang Ketuk Goreng yang berasal dari negeri di bawah bayu iaitu Sabah.

Bagi AM pisang goreng ketuk ini istimewa kerana pisang yang di goreng tanpa menggunakan tepung yang biasa terdapat di Kelantan. Pisang yang digunakan adalah pisang membantu yang separuh masak. Promosi Bufet Ramadan di Palm Terrace Café dan Dynasty Restauran, The Grand Renai Kota Bharu Hotel.

Sebelum pisang di goreng, kulit pisang di buang dan direndam di dalam air garam sekurang-kurangnya 30 minit. Pisang di potong memanjang dan di ketuk-ketuk.



Pisang di goreng tanpa menggunakan tepung sehingga kekuningan dan di toskan. Cara makan juga sedikit berbeza kerana pisang ketuk goreng di makan bersama sambal tumis istimewa yang cukup serasi dan rugi jika tidak mencubanya nanti.


Pelbagai Pilihan Kurma dan Buah Tin


Sudah menjadi kemestian apabila berbuka puasa pasti kita akan mencari kurma dahulu sebelum minum mahupun makan apa-apa. Palm Terrace Café juga menyediakan pelbagai pilihan buah kurma dan juga buah tin yang terbaik sahaja. Promosi Bufet Ramadan di Palm Terrace Café dan Dynasty Restauran, The Grand Renai Kota Bharu Hotel.




Pelbagai Pilihan Pastri dan Pai


Palm Terrace Café juga menyediakan manisan mulut yang banyak samada pai mahupun pastry yang pasti mengoda kalbu untuk mencuba kesemuanya. Bagi AM kek keju adalah juara bagi kesemua manisan mulut pilihan pastry dan pai.


Pelbagai Pilihan Kuih Muih Tradisional


Tidak ketinggalan juga pilihan kuih muih tradisional Kelantan dan Malaysia umumnya. Akok pasti ada, jala emas juga apa kurangnya kemanisan yang secukup rasa. Pasti tidak akan kecewa untuk berbuka puasa di Palm Terrace Café.


Pilihan Buah-buahan Segar


Setelah berpuasa seharian dan dapat makan buah-buahan segar pasti dapat menghilangkan dahaga dan menyegarkan badan juga. Buah-buahan tempatan dan import juga ada. Promosi Bufet Ramadan di Palm Terrace Café dan Dynasty Restauran, The Grand Renai Kota Bharu Hotel


Pilihan Minuman Sejuk dan Panas


Apabila berpuasa pasti air adalah perkara yang utama yang akan dicari dahulu untuk berbuka puasa. Palm Terrace Café menyediakan pelbagai pilihan minuman sejuk dan panas mengikut selera tetamu yang hadir. Malah aiskrim juga disediakan untuk anak-anak mahupu ibubapa yang teringin makan aiskrim sejukkan badan.


Nasi Putih dan Masakan Tradisional


Tidak lengkap untuk berbuka puasa jika tidak makan nasi putih bersama lauk pauk kerana kita melayu sudah serasi dengan nasi. Bagi AM sendiri jika tidak menjamah nasi pasti sentiasa lapar sahaja. Palm Terrace Café juga menyediakan nasi putih bersama lauk pauk yang cukup banyak mengikut cita rasa tetamu yang hadir. Promosi Bufet Ramadan di Palm Terrace Café dan Dynasty Restauran, The Grand Renai Kota Bharu Hotel.

Antara lauk yang ada adalah kambing vindoloo, daging rending hitam, gulai tulang batang pinang, kerutuk serati, patin gulai tempoyak, creamy butter prawn, dan banyak lagi lauk yang sedap-sedap semuanya.


Budu dan Ulaman


Jika Kelantan pasti terkenal dengan budu dan ulaman berpisah tiada. Palm Terrace Café juga menyediakan pilihan ulaman dan budu untuk di dinikmati dengan nsi putih dan lauk pauk yang pelbagai tadi.


Pelbagai Pilihan Kerabu


Lauk yang AM paling minat adalah kerabu, kerabu pulak ada pelbagai jenis kerabu di Kelantan ini. Jika berbuka puasa di Palm Terrace Café sudah pasti tidak perlu pening kepala menu kerabu apa nak makan kerana pelbagai jenis kerabu terdapat disini. Promosi Bufet Ramadan di Palm Terrace Café dan Dynasty Restauran, The Grand Renai Kota Bharu Hotel.

Antara kerabu yang adalah kerabyu taugeh dan ikan bilis, kerabu kaki ayam, kerabu manga muda, kerabu sotong, kerabu suhun dan udang, kerabu daging dan banyak lagi.


Colek Buah


Tidak lengkap buffet yang disediakan tanpa colek buah terutamanya di Kelantan yang menjadi kemestian selepas makan makanan yang berat tanpa merasai colek buah campur. Tidak ketinggalan juga dengan Palm Grand Renai Kota Bharu Hotel juga menyediakan hidangan colek buah yang segar lagi mengoda selera.


Untuk tempahan berbuka puasa di Palm Terrace Café, bolehlah menghubungi talian terus 09.746.2233 atau menghubungi pengurus restoran kami di talian 011.31373186 (Izhar). Promosi Bufet Ramadan di Palm Terrace Café dan Dynasty Restauran, The Grand Renai Kota Bharu Hotel.

Bagi anda yang menggemari juadah yang berasaskan masakan Cina, anda boleh menikmati menu berbuka puasa yang bertemakan “Citarasa Chinese” yang diadakan di Dynasty Restaurant bermula minggu kedua Ramadan.

Dynasty Restaurant yang berada di tingkat 6, akan mula dibuka untuk berbuka puasa dari 6.30 petang sehingga 10.30 malam. Pelbagai menu masakan Cina yang amat menyelerakan bakal dihidangkan untuk para tetamu yang datang.

Semestinya 100% halal dan mendapat pengiktirafan sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Harga yang amat berpatutan berbanding tahun-tahun yang lalu, iaitu hanya pada harga RM59 setiap seorang. Dan jika anda membuat tempahan sebelum 5 Mei 2019, anda akan menikati tawaran harga istimewa iaitu hanya pada RM53 setiap seorang. Promosi Bufet Ramadan di Palm Terrace Café dan Dynasty Restauran, The Grand Renai Kota Bharu Hotel.

Untuk tempahan berbuka puasa di Dynasty Restaurant, bolehlah menghubungi talian terus 09.746.2233 atau menghubungi pengurus restoran kami di talian 013.9858327 (Zuzuri).

Selain itu, The Grand Renai Hotel juga akan bekerjasama dengan Tahfiz Al-Raudah di mana para pelajar pusat tahfiz tersebut akan mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran bermula 6.00 petang sepanjang Ramadan yang bakal tiba nanti.

NOTA: Para tetamu juga boleh menikmati pakej bilik istimewa sempena Ramadan ini. Hanya dari RM198 nett untuk bilik Deluxe Room termasuk sahur dan dari RM268 nett untuk bilik Deluxe Room Single termasuk sahur dan iftar.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

NAMA : NIK MUHAMMAD HAFFIZ BIN NIK RAZALI
JAWATAN : MARCOM EXECUTIVE
NO TEL : +60132798893
EMAIL : nik.haffiz@grandrenai.com

Artikel Terkait

This Is The Newest Post


EmoticonEmoticon