Pemilihan Tilam Untuk Keselesaan Sepanjang Malam Demi Kesihatan | Tilam adalah sesuatu yang perlu untuk AM dan juga korang setiap malam untuk tidur. Bukan sekadar tilam tapi keselesaan adalah perkara utama yang akan dititik beratkan oleh sesiapa sahaja apabila tiba untuk menukar tilam lama kepada tilam baru.
Tilam
lama lagi buruk yang telah lama digunakan akan memberi kesan kepada keselesaan
tidur setiap malam malah lagi teruk jika memberi kesan kepada kesihatan diri
kita juga. Bayangkan setiap pagi apabila bangun dari tidur, terasa sakit
belakang. Ini adalah tanda bahawa tilam korang yang lama perlu di tukar kepada
tilam baru yang lebih selesa.
Mencari
tilam yang selesa untuk diri sendiri adalah mudah tetapi jika anda sudah
mempunyai pasangan mungkin sedikit sukar. Ini kerana gaya tidur korang tak
semestinya sama dengan gaya tidur pasangan korang. Untuk itu, pemilihan tilam
yang sesuai untuk 2 orang mungkin menjadi subjektif. Pemilihan Tilam Untuk
Keselesaan Sepanjang Malam Demi Kesihatan
Mungkin dibawah ini beberapa idea dan pemilihan yang
korang boleh ambil sebagai rujukan untuk memilih tilam yang sesuai untuk
keselesaan tidur setiap malam.
Kualiti Tidur Setiap Malam
Untuk pemilihan tilam bagi sesiapa sahaja adalah kualiti tilam yang bakal diberi kerana tilam ini adalah tempat untuk kita melelap mata setiap malam. Jika tilam yang baik boleh memberi kualiti tidur yang terbaik dan selesa setiap malam.
Persoalan
bagi kualiti tidur adalah, adakah tidur korang terganggu setiap malam? Jika
jawapan korang adalah tidur nyeyak sepanjang malam. Itu tandanya tilam yang
korang beli itu sesuai dengan gaya tidur korang.
Pemilihan Tilam Untuk Keselesaan Sepanjang Malam Demi Kesihatan
Sokongan Tulang Belakang
Sokongan
tulang belakang merujuk seberapa baik permukaan tilam dapat menampung belakang
korang semasa tidur. Ayat mudah adalah jika korang baring dan permukaan tilam
dapat menjaga tulang belakang korang.
Permukaan
tilam yang diperbuat dari bahan yang terbaik boleh membetulkan postur tulang
belakang korang dengan sempurna sehingga boleh membuat waktu tidur korang
nyeyak sehingga pagi. Cari tilam yang mempunyai beberapa ciri seperti di bawah
:-
·
Menyokong badan korang tanpa tenggelam di pinggul.
·
Membolehkan kelegaan dan keselesaan pada titik tekanan, termasuk
lutut, pinggul, bahu dan kepala.
·
Membiarkan otot korang berehat di seluruh badan, terutamanya di
bahagian belakang korang.
Untuk
sokongan tulang belakang ini pada umumnya adalah permasalah setiap individu
berbeza-beza kerana banyak faktor yang boleh menyebabkan masalah sakit
belakang. Pemilihan Tilam Untuk
Keselesaan Sepanjang Malam Demi Kesihatan
Mungkin orang yang bertubuh besar memerlukan perlindungan dan sokongan belakang yang lebih berbanding dengan orang yang bersaiz badan biasa. Selain itu, beberapa factor lain juga memain peranan juga seperti kecederaan belakang, kehamilan, berat badan dan sebagainya.
Jika
korang bangun tidur dan terasa sakit bahu atau leher, mungkin itu adalah bantal
dan bukan tilam. Masalah tilam yang tidak menyokong tulang belakang mungkin
boleh menyebabkan korang terasa sakit pada bahagian punggung dan ke bawah.
Keselesaan Tidur Malam
Keselesaan adalah sesuatu yang agak subjektif dan bergantung kepada korang. Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza untuk keselesaan ini.
Mungkin
ada yang memerlukan tilam yang lembut untuk berbaring dan tidur. Mungkin juga
yang berminat untuk tilam yang sederhana lembut untuk menyokong belakang. Pemilihan Tilam Untuk Keselesaan Sepanjang Malam Demi Kesihatan
Baca juga Kelebihan Penapis Air King Top dari Cuckoo Yang Menjadi Kegilaan Rakyat Malaysia
Jika ditanya kepada orang yang berusia mungkin mereka memilih tilam yang lembut berbanding dengan orang muda. Apa-apa pun pemilihan tilam ini bergantung kepada individu itu sendiri juga.
Mencuba Tilam di Kedai Tidak Seperti Korang Tidur
Memilih tilam dan membeli tilam menjadi fobia kepada korang yang cerewet mengenai keselesaan. Bayangkan korang ke kedai dan cuba berbaring di atas tilam yang korang nak beli, dengan penuh pengunjung lain. Adakah korang akan baring seperti korang nak tidur di rumah?
Mesti
tidakkan, jika korang tersalah memilih pasti kecewa dan sedih sepanjang malam.
Jika kewangan korang sedikit tebal, korang boleh mencari tilam yang memberi
jaminan pemulangan kembali tilam jika korang tidak selesa apabila dibeli nanti. Pemilihan Tilam Untuk Keselesaan Sepanjang Malam Demi Kesihatan
Kesesuaian Mengikut Tubuh Korang
Hari ini terdapat banyak jenis tilam yang mungkin sesuai dengan gaya tidur korang. Apa yang korang kena buat adalah mencari sahaja. Ada tilam yang dapat menyokong tahap sokongan ketika korang tidur. Ada juga tilam yang mempunyai udara pada tilan yang boleh dilaraskan mengikut kesesuaian korang tidur.
Ada juga tilam yang membolehkan kornag melaraskan
sudut lereng tilam untuk keselesaan tidur bagi 2 orang yang mempunyai gaya
tidur yang berbeza. Selain itu, ada juga tilam untuk kesihatan yang lebih
diberi keutamaan pada hari ini.
Pergerakan Semasa Korang Tidur
Bukan main-main jika korang tidur sebelum ini banyak bergerak sebenarnya penyebab utama korang tidur tidak nyeyak dan apabila bangun terasa letih walaupun sudah tidur yang secukupnya.
Sebaiknya pilihlah tilam yang dapat meminimunkan pengerakan
korang semasa tidur atau pasangan korang bagi menjamin keselesaan tidur setiap
malam korang. Pemilihan Tilam Untuk
Keselesaan Sepanjang Malam Demi Kesihatan
Bahan Yang Digunakan
Jika korang mempunyaia alahan terhadap beberapa bahan yang ada pada tilam, sebaiknya korang perlu merujuk bahan yang digunakan untuk membuat tilam yang hendak dibeli.
Mungkin tidak ramai yang mengalami alahan bahan yang
digunakan untuk membuat tilam, tetapi sebaiknya berhati-hati sebelum terbeli
yang pasti memberi masalah pada masa hadapan.
Hari ini sudah ada tilam yang mempunyai beberapa
ciri yang terbaru yang dapat menjamin keselesaan dan kesihatan pengguna. Tidak
salah untuk sedikit berbelanja membeli tilam yang dapat memberi jaminan
kesihatan yang baik dari tilam yang murah tetapi dapat memudaratkan kesihatan
pula.