Ads

Isnin, 25 Januari 2021

Pemilihan Tilam Untuk Keselesaan Sepanjang Malam Demi Kesihatan

Pemilihan Tilam Untuk Keselesaan Sepanjang Malam Demi Kesihatan | Tilam adalah sesuatu yang perlu untuk AM dan juga korang setiap malam untuk tidur. Bukan sekadar tilam tapi keselesaan adalah perkara utama yang akan dititik beratkan oleh sesiapa sahaja apabila tiba untuk menukar tilam lama kepada tilam baru.


Tidur Selesai Setiap Malam

Tilam lama lagi buruk yang telah lama digunakan akan memberi kesan kepada keselesaan tidur setiap malam malah lagi teruk jika memberi kesan kepada kesihatan diri kita juga. Bayangkan setiap pagi apabila bangun dari tidur, terasa sakit belakang. Ini adalah tanda bahawa tilam korang yang lama perlu di tukar kepada tilam baru yang lebih selesa.

Mencari tilam yang selesa untuk diri sendiri adalah mudah tetapi jika anda sudah mempunyai pasangan mungkin sedikit sukar. Ini kerana gaya tidur korang tak semestinya sama dengan gaya tidur pasangan korang. Untuk itu, pemilihan tilam yang sesuai untuk 2 orang mungkin menjadi subjektif. Pemilihan Tilam Untuk Keselesaan Sepanjang Malam Demi Kesihatan

Mungkin dibawah ini beberapa idea dan pemilihan yang korang boleh ambil sebagai rujukan untuk memilih tilam yang sesuai untuk keselesaan tidur setiap malam.

Kualiti Tidur Setiap Malam

Untuk pemilihan tilam bagi sesiapa sahaja adalah kualiti tilam yang bakal diberi kerana tilam ini adalah tempat untuk kita melelap mata setiap malam. Jika tilam yang baik boleh memberi kualiti tidur yang terbaik dan selesa setiap malam.


Tidur Selesa Tanpa Gangguan

Persoalan bagi kualiti tidur adalah, adakah tidur korang terganggu setiap malam? Jika jawapan korang adalah tidur nyeyak sepanjang malam. Itu tandanya tilam yang korang beli itu sesuai dengan gaya tidur korang. Pemilihan Tilam Untuk Keselesaan Sepanjang Malam Demi Kesihatan

Sokongan  Tulang Belakang

Sokongan tulang belakang merujuk seberapa baik permukaan tilam dapat menampung belakang korang semasa tidur. Ayat mudah adalah jika korang baring dan permukaan tilam dapat menjaga tulang belakang korang.

Permukaan tilam yang diperbuat dari bahan yang terbaik boleh membetulkan postur tulang belakang korang dengan sempurna sehingga boleh membuat waktu tidur korang nyeyak sehingga pagi. Cari tilam yang mempunyai beberapa ciri seperti di bawah :-

·         Menyokong badan korang tanpa tenggelam di pinggul.

·         Membolehkan kelegaan dan keselesaan pada titik tekanan, termasuk lutut, pinggul, bahu dan kepala.

·         Membiarkan otot korang berehat di seluruh badan, terutamanya di bahagian belakang korang.

Untuk sokongan tulang belakang ini pada umumnya adalah permasalah setiap individu berbeza-beza kerana banyak faktor yang boleh menyebabkan masalah sakit belakang. Pemilihan Tilam Untuk Keselesaan Sepanjang Malam Demi Kesihatan

Mungkin orang yang bertubuh besar memerlukan perlindungan dan sokongan belakang yang lebih berbanding dengan orang yang bersaiz badan biasa. Selain itu, beberapa factor lain juga memain peranan juga seperti kecederaan belakang, kehamilan, berat badan dan sebagainya.


Keselesaan Tidur Ibu Hamil

Jika korang bangun tidur dan terasa sakit bahu atau leher, mungkin itu adalah bantal dan bukan tilam. Masalah tilam yang tidak menyokong tulang belakang mungkin boleh menyebabkan korang terasa sakit pada bahagian punggung dan ke bawah.

Keselesaan Tidur Malam

Keselesaan adalah sesuatu yang agak subjektif dan bergantung kepada korang. Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza untuk keselesaan ini.

Tidur Terganggu

Mungkin ada yang memerlukan tilam yang lembut untuk berbaring dan tidur. Mungkin juga yang berminat untuk tilam yang sederhana lembut untuk menyokong belakang. Pemilihan Tilam Untuk Keselesaan Sepanjang Malam Demi Kesihatan

Baca juga Kelebihan Penapis Air King Top dari Cuckoo Yang Menjadi Kegilaan Rakyat Malaysia

Jika ditanya kepada orang yang berusia mungkin mereka memilih tilam yang lembut berbanding dengan orang muda. Apa-apa pun pemilihan tilam ini bergantung kepada individu itu sendiri juga.

Mencuba Tilam di Kedai Tidak Seperti Korang Tidur

Memilih tilam dan membeli tilam menjadi fobia kepada korang yang cerewet mengenai keselesaan. Bayangkan korang ke kedai dan cuba berbaring di atas tilam yang korang nak beli, dengan penuh pengunjung lain. Adakah korang akan baring seperti korang nak tidur di rumah?


Beli Tilam di Kedai

Mesti tidakkan, jika korang tersalah memilih pasti kecewa dan sedih sepanjang malam. Jika kewangan korang sedikit tebal, korang boleh mencari tilam yang memberi jaminan pemulangan kembali tilam jika korang tidak selesa apabila dibeli nanti. Pemilihan Tilam Untuk Keselesaan Sepanjang Malam Demi Kesihatan

Kesesuaian Mengikut Tubuh Korang

Hari ini terdapat banyak jenis tilam yang mungkin sesuai dengan gaya tidur korang. Apa yang korang kena buat adalah mencari sahaja. Ada tilam yang dapat menyokong tahap sokongan ketika korang tidur. Ada juga tilam yang mempunyai udara pada tilan yang boleh dilaraskan mengikut kesesuaian korang tidur.


Tilam Mengikut Postur Tubuh

Ada juga tilam yang membolehkan kornag melaraskan sudut lereng tilam untuk keselesaan tidur bagi 2 orang yang mempunyai gaya tidur yang berbeza. Selain itu, ada juga tilam untuk kesihatan yang lebih diberi keutamaan pada hari ini.

Pergerakan Semasa Korang Tidur

Bukan main-main jika korang tidur sebelum ini banyak bergerak sebenarnya penyebab utama korang tidur tidak nyeyak dan apabila bangun terasa letih walaupun sudah tidur yang secukupnya.


Gaya Tidur

Sebaiknya pilihlah tilam yang dapat meminimunkan pengerakan korang semasa tidur atau pasangan korang bagi menjamin keselesaan tidur setiap malam korang. Pemilihan Tilam Untuk Keselesaan Sepanjang Malam Demi Kesihatan

Bahan Yang Digunakan

Jika korang mempunyaia alahan terhadap beberapa bahan yang ada pada tilam, sebaiknya korang perlu merujuk bahan yang digunakan untuk membuat tilam yang hendak dibeli.


Bahan Terbaik untuk Tilam

Mungkin tidak ramai yang mengalami alahan bahan yang digunakan untuk membuat tilam, tetapi sebaiknya berhati-hati sebelum terbeli yang pasti memberi masalah pada masa hadapan.

Hari ini sudah ada tilam yang mempunyai beberapa ciri yang terbaru yang dapat menjamin keselesaan dan kesihatan pengguna. Tidak salah untuk sedikit berbelanja membeli tilam yang dapat memberi jaminan kesihatan yang baik dari tilam yang murah tetapi dapat memudaratkan kesihatan pula.

 

Artikel Terkait

This Is The Newest Post


EmoticonEmoticon